Monday, January 8, 2018

Mengapa Salehuddin Ayub dan Mohamad Sabu Menangis Ketika Konvensyen PH?

Ramai pihak yang membuat spekulasi mengenai gambar-gambar sekitar konvensyen Pakatan Harapan yang berlangsung baru-baru ini. Krew Revolusi Habib juga terpanggil untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dua keping gambar yang dipetik oleh jurugambar profesional yang bertugas di konvensyen tersebut. 



Gambar di atas adalah gambar yang dimaksudkan dalam tajuk tulisan ini. 

Revolusi Habib segera mendapatkan berita daripada salah seorang pimpinan yang terlibat dalam mesyuarat majlis Pakatan Harapan yang juga terlibat dengan proses pengagihan kerusi untuk pilihanraya umum akan datang. Walaubagaimanapun sumber meminta agar identiti beliau tidak didedahkan bagi tujuan kestabilan dan hubungan baik sesama parti dalam Pakatan Harapan. 

Mengapa Mat Sabu dan Salehudin menangis ketika pengumuman yang diraikan gembira oleh seluruh majlis pada hari berkenaan? 

Mengikut sumber, dalam perbincangan, mesyuarat pengagihan kerusi yang berlaku hampir setiap minggu dengan lokasi mesyuarat saling berselang-seli mengikut giliran, berlaku beberapa isu besar yang hampir meretakkan hubungan antara parti dalam Pakatan Harapan. 

Sumber mendedahkan bahawa, berlaku pertengkaran dan ketuk meja oleh beberapa pimpinan apabila PAN membangkitkan kerusi-kerusi yang layak dipertandingkan. Kemudian berlaku ugut-mengugut untuk pecat, singkir dan seumpamanya ke atas mana-mana pemimpin yang telah dianugerah kerusi dalam GLC dengan elaun belasan ribu ringgit sebulan. Walaubagaimanapun sumber tidak mahu mendedahkan siapa yang mengugut dan siapa yang diugut. 

Berikutan itu juga, Parti PAN mesti mengalah dalam pembahagian itu kerana mereka dikatakan tidak ada lagi jalan untuk berpatah balik atau keluar daripada Pakatan Harapan, menurut sumber berkenaan. 

Semasa pembahagian tersebut, mesyuarat dikawal penuh oleh PPBM dan PKR manakala DAP dan PAN seolah-oleh tidak ada kuasa langsung ke atas mesyuarat tersebut sehingga menghasilkan pembahagian kerusi yang paling sedikit dan tidak seimbang buat DAP dan PAN berbanding PKR dan PPBM.